Research, Innovation and Commercialization Unit PTSS
Monday, June 01, 2020

INNOCOM2019

rashdan3.jpg

UPIK telah menjayakan INNOCOM 2019

4th PTSS INNOVATION AND COMPETITION  2019

(INNOCOM 2019)

 

            Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin,Perlis (PTSS) telah mengadakan “PTSS Innovation and Competition” 2019 (INNOCOM) pada 09-10 Oktober 2019 dimana ianya merupakan Pertandingan Inovasi  kali  keempat  diadakan oleh PTSS bertempat di Dewan Harumanis , PTSS.

 

INNOCOM 2019 yang diadakan ini merupakan suatu usaha berterusan PTSS bagi menjadikan aktiviti inovasi sebagai nadi penggerak dalam melahirkan modal insan berkualiti dan kreatif dalam usaha melahirkan rekacipta terbaru serta terkini yang boleh digunapakai dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan juga memudahkan proses kerja dan aktiviti teknikal dalam penghasilan produk terbaru.

 

Program ini dianjurkan bagi menyediakan platform kepada pensyarah dan pelajar PTSS untuk mempertandingkan inovasi terkini yang dihasilkan oleh mereka sebelum di bawa untuk pertandingan diperingkat yang lebih tinggi. Selain itu, program ini juga bertujuan bagi berkongsi serta bertukar-tukar idea dan pengalaman daripada inovasi yang dihasilkan dan seterusnya memperkembangkan lagi jaringan hubungan sesama sendiri.

 

Pertandingan ini bermula pada 09 Oktober 2019 mulai jam 2.30 petang hingga 5.00 petang dan 10 Oktober 2019 mulai jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang. Johan menerima Pingat Emas beserta wang tunai RM 300, Naib Johan menerima Pingat Perak beserta wang tunai RM 200 dan Tempat Ketiga  menerima Pingat Gangsa beserta wang tunai RM 100. Majlis Perasmian Penutupan dan penyampaian hadiah  diadakan pada 10 Oktober 2019 pada jam 2.30 petang dan akan disempurnakan oleh Pengarah Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, En Abdul Malek Bin Hassan

GB

Tags: None

About the Author

Rashdan Rashid

0 Comments

cietvet2020.jpgJOM sertai ...Read more..
You must be logged in to post comments on this site - please either log in from the Login box or from here.


No messages yet.

Recent Posts

Chatbox

You must be logged in to post comments on this site - please either log in from the Login box or from here.


No messages yet.