Research, Innovation and Commercialization Unit PTSS
Saturday, June 06, 2020

Perintah Kawalan Pergerakan

ptss.jpg
23/3/2020 Isnin

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah istilah popular dalam Google Search semenjak ianya dimaklumkan dan dikuatkuasakan. Trend Convid 19 pada hari ke 6 PKP yang bermula pada 18/3/2020 yang lalu menunjukkan ianya tidak melonjak tinggi sepertimana yang berlaku di Itali.
Stat.

Alhamdulillah, kita mengharapkan graf ini terus dapat menurun sehingga tamatnya PKP ini. Namun kita juga harus berhati hati dengan merebaknya wabak ini. Sekalipun lonjakkan berlaku pada 13-14 Mac yang lalu, namun Cluster Jemaah Tabligh masih lagi menunjukkan kesannya.
Stat2

Pandemik Covid di Malaysia ini ada kemungkinan tercetus dari cluster ini. Cluster pertama adalah dari kes pertama berpunca dari jangkitan persidangan di Singapura. Mereka yang telah hadir di sana menjangkiti atau dijangkiti mereka yang close contact. Selepas itu ia dapat dikawal sehinggalah berlakunya Cluster Tabligh (setelah dikesan di negara Brunei) dikatakan berpunca dari sorang Freelance Travel Agen yang tidak mematuhi 'Self Quarantine' apabila pulang dari Korea dan menghadiri perhimpunan Tabligh (diberitakan perhimpunan ini selama 4 hari dan hampir 17000 orang). Inilah yang perlu kita bendung dari terus merebak.

Cluster yang lain melibatkan perhimpunan ramai selepas dari perhimpunan tabligh ini adalah sewaktu arahan meninggalkan kediaman dikalangan pelajar IPT. Ramai rakyat berpusu pusu pulang ke kampung halaman. Diharap cluster ini tidak memberikan impak yang besar kepada jumlah statistik +ve Covid 19. Sama sama kita doakan agar negara kita diberikan perlindungan oleh yang maha kuasa.

Di PTSS suasana tenang. Bilangan pelajar yang tidak pulang ke kampung tidaklah seramai IPTA yang berdekatan. Semua keperluan disediakan oleh pihak pengurusan PTSS bagi pelajar yang masih ada di kampus. Pelajar yang berada di luar negara menjalani Latihan Industri juga sudah pulang ke kampung halaman dan diminta untuk melaksanakan self quarantine. Dapatkan maklumat yang tepat terutamanya dari Telegram Majlis Keselamatan Negara. Amalkan membersihkan tangan dan Stay at Home.

About the Author

Rashdan Rashid

0 Comments

cietvet2020.jpgJOM sertai ...Read more..
You must be logged in to post comments on this site - please either log in from the Login box or from here.


No messages yet.

Recent Posts

Chatbox

You must be logged in to post comments on this site - please either log in from the Login box or from here.


No messages yet.